Song: Berbeza - Bolhan Nadir
Artist:  Bolhan Nadir
Year: 2021
Viewed: 8 - Published at: 3 years ago

Bolhan Nadir - Berbeza Lyrics (Malaysia)

[Verse1]

Setiap masa berjalan , setiap kali berulang
Sentiasa cari jalan untuk berhenti , dan hidup senang
Masih buat kerja biasa , ingin masa depan cerah
Ada di depan mata , tapi bukan benda mudah

Mungkin senang untuk orglain , tapi kami berbeza
Orang lain cari kerja , kami cari jalan keluar
Bunyi macam mudah , tapi ia sangat sukar

Ingin buat tranformasi , tapi terlalu byk cabaran
Berkongsi inspirasi , semua ada impian
Boleh dikatakan berangan , tapi ini satu rancangan
Semua ingin jadi ketua , duit sentiasa dalam tangan

Ada yang sudah berjaya , ada yang masih berusaha dan pasti ramai juga putus asa

[Verse2
Benar kata orgtua , menyesal tidak datang mendadak
Dulu nak duit masuk , tapi dengan hanya berlepak
Naik tidak bertangga , turun tidak berpintu
Di kaburi dengan kertas , fikiran tidak menentu

Bila masa sudah berjalan , " hidup senang " sudah dirasakan
Jalan yang kami pilih , rupanya beban di sebalik kesenangan
Bila fikiran sudah matang , dan masa sudah berjalan
Kini sudah terlanjur , dan tiada peluang untuk undur

" kalau nak seribu daya , taknak seribu dalih "
Memang benar yg dikata , tapi tidak semua dapat dipilih

Kalau nak berjaya periksaan , dapat belajar dan berusaha
Tapi perkara yang kami hadap , bukan perkara biasa

Ini kisah silam , ku bagi dalam dalam
Siapa yang dapat faham
Kita dalam satu talam

Semua tidak akan lupa , walau cerita tahun lepas
Tiap hari kerja keras , untuk mengejar wang kertas
Rabun dengan dunia , dan otak disalah tempat
Tidak kisah kerja apa , janji duit kami dapat

Kadang duduk di rumah , untuk tenangkan fikiran
Kalau ada musim panas , kami tunggu hingga di redakan
Bukan mudah cari duit , kalau duduk dirumah saja
Tapi kalau ada game , masih ada peluang untuk dikerja
Tidak kisah kerja apa , janji nasib kita cuba
Boleh kerja taman bunga kadang di jalan raya

Kita cuba nasib , jangan nasib makan kita
Kadang2 gaji besar , boleh jadi juga tiada apa
Semua kisah silam , kini jadi penyesalan
Sekarang mahu kluar , tapi masih mencari jalan

[Verse3]

Kini sudah terbentang , wang ringgit bukan kesenangan
Tidak guna ada duit , kalau hidup tidak tenang
Banyak perbezaan , dan juga byk persamaan
Kalau dulu cari duit , sekarang cari kebebasan

Ini pesanan memang ikhlas ku berikan
Jangan sekali kerja duit untuk cari kesenangan
Boleh cari duit , tapi jangan berlebihan
Takut nanti terpengaruh duit yang kau sembahkan

Bukan menunjuk diri bagus , bukan rasa byk ilmu
Tapi ku nasihat, sebelum kau jadi seperti aku

Sekarang aku sudah sedar , kau masih lipat kertas potong sayur
Baik kau dengar sebelum nasi jadi bubur
Kita hanya boleh merancang , bukan menentukan
Tetapkan cita cita , takdir sudah di tetapkan
Teruskan usaha , dan terus mengejar mimpi
Kalau bukan kita yang yg berubah, jadi siapa lagi

( Bolhan Nadir )
www.ChordsAZ.com

TAGS :